fbpx

Mahkamah di China setuju homoseksual penyakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BEIJING – Sebuah mahkamah di China bersetuju dengan penerangan buku teks bahawa homoseksual adalah sejenis penyakit mental sekali gus mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah sebelum ini.

Akhbar Independent melaporkan bahawa keputusan Mahkamah Rakyat Pertengahan Suqian di wilayah Jiangsu, timur China itu dianggap ‘terpencil’ dan ‘tidak berasas’ oleh Ou Jiayong yang juga dikenali sebagai Xixi. Saman tersebut dikemukakan oleh Xixi.

Pada 2016, Xixi mendapati sebuah buku teks psikologi menyamakan gay dengan sakit mental semasa pengajiannya di Universiti Pertanian China Selatan di bandar Guangzhou, wilayah Guangdong, demikian menurut akhbar South China Morning Post.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1990 membatalkan klasifikasi homoseksual sebagai penyakit mental, sebelum China mengambil langkah sama pada 1997.

China pada 2001 mengeluarkan homoseksual daripada senarai rasmi penyakit mental pada tahun 2001.

Buku teks tersebut, Pendidikan Kesihatan Mental Bagi Pelajar Kolej yang digunakan di beberapa universiti di China merupakan edisi tahun 2013. Ia menyenaraikan homoseksual di bawah ‘penyakit psikoseksual umum’ seperti berpakaian jantina lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI