LONDON – Seorang pembuat roti yang dikatakan belajar membuat kek secara sendiri membuatkan orang ramai kagum melihat hasil ciptaannya yang begitu realistik dan teliti di laman perkongsian gambar Instagram.
Menurut akhbar The Sun, wanita warga Ukraine dikenali itu sebagai Kristina Dolnyk dan berumur 32 tahun. Dia mengambil masa sehingga tiga hari untuk menyiap sebiji kek berserta hiasan terperinci.
Dolnyk memuat naik gambar kek rekaannya di akaun media sosial, Instagram dolnyk.art.cake yang kini mempunyai lebih 17,600 pengikut. Dia juga menawarkan kelas membuat kek secara online berserta sari kata bahasa Inggeris.
Antara kek yang menjadi tarikan utama termasuk figura raksasa popular, Godzilla, watak filem badut menakutkan IT, kapal lanun, landskap pulau dan papan kekunci komputer.
“Perkara paling penting untuk saya adalah menghasilkan kek yang nampak realistik, cantik dan melazatkan,” katanya.
Hasil ciptaan luar biasa oleh Dolnyk itu menyebabkan dia menerima banyak tempahan kek, malah, sehingga awal tahun 2022. – Agensi