MENJADI rutin harian buat Saqdam Zaim Arffain, 30, untuk meluangkan masa di kebun bunga kantan miliknya yang terletak di pinggir jalan di Bangi, Selangor. Lazimnya, Saqdam Zaim akan melakukan kerja-kerja seperti membersihkan kawasan kebun, mencantas, membaja dan menyemai anak-anak pokok. Ada masanya dia akan menuai hasil tanaman bunga kantan sebelum dijual kepada para pelanggan setianya. “Kebiasaannya bunga-bunga kantan ini saya akan tuai empat hari sekali. “Setelah dituai, pada hari yang sama juga saya akan menjualnya kepada para pelanggan,” kata Saqdam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya