fbpx

Lima warga Myanmar ditahan naik bas tanpa surat rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima orang warga Myanmar yang tiada surat perjalanan rentas negeri ditahan polis ketika mereka berada di dalam sebuah bas ekspres di sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang, Jeli semalam.

Oleh ROSALWANI CHE SOH

JELI – Cubaan lima orang lelaki warga Myanmar yang melakukan perjalanan rentas negeri tanpa surat kebenaran polis dengan menaiki bas ekspres tidak berhasil apabila mereka ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang di sini semalam.

Semua suspek itu ditahan pada pukul 11.45 malam ketika anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan awam itu di SJR tersebut.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin berkata, semakan lanjut mendapati, kelima-lima suspek berusia antara 18 hingga 45 tahun dan dipercayai sedang dalam perjalanan ke Kedah.

“Suspek dipercayai dihantar oleh sindiket yang membawa masuk mereka ke negara ini dengan menggunakan bas ekspres dari Pasir Mas menuju ke Kedah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Sewaktu pemeriksaan dijalankan, kelima-lima suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan untuk rentas daerah daripada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad, semua suspek ditahan reman selama dua minggu bermula semalam hingga 14 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 51(5)(b)Akta Imigresen 1953/69.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI