fbpx

DNB akan dikawal selia oleh MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Digital Nasional Berhad (DNB) akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) biarpun syarikat tujuan khas itu dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

MCMC dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman mengenai DNB itu.

Menurutnya, DNB ditubuhkan bagi melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara yang mana ia akan dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Ini bermakna, seperti juga mana-mana pemegang lesen lain dalam industri komunikasi dan multimedia, DNB adalah tertakluk kepada kawal selia oleh MCMC, walaupun entiti berkenaan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

“MCMC akan mengawal selia dan memantau DNB melalul instrumen kawal selia yang relevan di bawah AKM 1998

“Kawal selia itu penting bagi memastikan penggunaan spektrum secara optimum dan supaya syarikat telekomunikasi dapat memperolehi capaian terbuka, saksama dan adil kepada perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Tambahnya, DNB akan berperanan sebagai pihak borong berkecuali (neutral), yang membolehkan syarikat telekomunikasi untuk memberi tumpuan kepada teknologi terkini untuk pengguna, perusahaan dan kerajaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI