fbpx

JPJ Perlis keluarkan 700 notis sepanjang Op Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatimah menunjukkan muatan batu yang dibawa sebuah lori secara berlebihan dalam Op Covid-19 berhampiran tapak projek Kompleks Halal Park, Titi Tinggi di Padang Besar hari ini.

PADANG BESAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan sebanyak 700 notis pelbagai kesalahan sepanjang Op Covid-19 secara koordinasi dan kolaboratif bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 16 Januari hingga hari ini.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, pihaknya telah memeriksa sebanyak 9,592 buah kenderaan meliputi kenderaan peribadi, perkhidmatan awam dan perdagangan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, notis yang dikeluarkan ialah sebanyak 522 notis saman pelbagai kesalahan, notis panggilan temu siasat (55), notis larangan penggunaan kenderaan (17), notis arah periksa bagi kesalahan teknikal (101) dan arahan menimbang kenderaan (5).

“Op Covid-19 ini memfokuskan penguatkuasaan ke atas kesalahan utama jalan raya sebagai penyumbang kemalangan jalan raya dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya di Perlis adalah memandu tanpa lesen iaitu sebanyak 152 kes, kesalahan teknikal (155),
tiada insurans (75) serta lebih muatan atau muatan bahaya (40),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, JPJ Perlis menahan sebanyak lima buah lori tipper yang membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Fatimah berkata, lori yang membawa batu untuk dibawa ke Thailand tersebut telah ditimbang dan diambil tindakan di bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat.

“Ada lori yang ditahan ini membawa muatan 52 peratus lebih daripada berat yang sepatutnya. Bagi kenderaan yang membawa muatan lebih 30 peratus daripada jumlah yang sepatutnya, mereka akan dihadapkan ke mahkamah,” tambahnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI