fbpx

Penganggur mengaku salah cuba curi duit tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Ahmad Zhaffir Mohamad Asri (kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan cuba mencuri duit tabung masjid minggu lalu.

KOTA BHARU – Seorang penganggur dipenjara selama lapan hari dan denda RM1,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba mencuri duit tabung di sebuah masjid di Kampung Seberang Pasir Mas, Salor di sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Ahmad Zhaffir Mohamad Asri, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang telah melakukan percubaan mencuri duit tabung masjid.

Kesalahan itu dilakukan di Masjid At-Thoyyibah, Kampung Seberang Pasir Mas, Salor di sini kira-kira pukul 2.17 petang pada 25 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahril Ramli manakala tertuduh diwakili peguam Roshayati Hassan.

Roshayati dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan dikenakan terhadap anak guamnya kerana tertuduh merupakan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan.

“Anak guam saya hanya melakukan cubaan dan tiada unsur kecurian dilaporkan. Selain itu, pihak masjid juga tidak mengalami sebarang kerugian,” katanya.

Shahril bagaimanapun memohon satu hukuman yang setimpal dikenakan agar tertuduh tidak mengulangi perbuatan itu.

Mahkamah membenarkan hukuman penjara selama lapan hari dan denda sebanyak RM1,500 terhadap tertuduh selain tambahan dua bulan penjara sekiranya gagal menbayar yang ditetapkan.

Tertuduh tidak membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI