fbpx

PN Johor kecewa isu pelantikan ketua kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat pelantikan ketua kampung di Johor yang tular media sosial sejak semalam.

JOHOR BAHRU – Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal meluahkan kekesalan pihaknya dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berhubung pelantikan jawatan Ketua Kampung baharu di negeri ini.

Sahruddin berkata, lantikan yang dibuat secara sebelah pihak itu tidak mencerminkan semangat kerjasama dan muafakat antara parti komponen yang membentuk kerajaan negeri hari ini.

“Berhubung pelantikan Ketua Kampung baharu, sebetulnya ia agak mengecewakan kami (PN) kerana kami tidak diajak berunding.

“Sepatutnya Menteri Besar yang juga Pengerusi UMNO Johor berbincang dengan kami terlebih dahulu kerana kerajaan ini adalah kerajaan PN dan Barisan Nasional (BN),” katanya sebagai mengulas dakwaan lebih 90 peratus lantikan ketua kampung baharu di negeri ini melibatkan ahli UMNO.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan penghargaan kepada petugas barisan hadapan Sempena Ulang Tahun Pertama Perikatan Nasional Johor, di Pejabat Kesihatan Negeri Johor, di sini hari ini.

Tambah beliau, pengagihan jawatan ketua kampung sewajarnya dilakukan melalui perbincangan dengan kesemua pihak terlibat terlebih dahulu untuk diselesaikan secara bersama.

“Saya mendapat tahu bahawa pelantikan ini telah dibuat Khamis lalu, dan saya juga telah menghantar surat rasmi ke Pejabat Menteri Besar.

“Saya difahamkan Pengerusi PN Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan menulis surat kepada Menteri Besar Johor,” ujarnya lanjut.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI