fbpx

Sindiket pengedaran dadah di ibu negara tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (Perisikan/Operasi), Deputi Komisioner Zainudin Ahmad menunjukkan dadah yang berjaya dirampas dalam satu operasi di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk pasangan suami isteri berusia antara 25 hingga 28 tahun diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar ibu negara sejak lapan bulan lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (Perisikan/Operasi), Deputi Komisioner Zainudin Ahmad berkata, ketiga-tiga mereka ditahan dalam operasi khas antara pukul 2 hingga 5.15 petang pada 26 Februari lalu di sekitar Kuala Lumpur.

“Dalam tiga serbuan itu merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.37 juta. Jumlah dadah ini dianggarkan untuk kegunaan seramai 191,523 penagih dadah.

“Pecahan dadah yang berjaya dirampas dalam operasi ini syabu sebanyak 38 kilogram dan heroin 457 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini.

Zainudin berkata, polis turut merampas tiga buah kenderaan bernilai RM68,000, barang kemas bernilai RM20,150 dan wang tunai RM23,684 dalam operasi tersebut.

Menurut beliau, risikan polis mempercayai sindiket berkenaan memperoleh bekalan dadah dari salah sebuah negara jiran.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 5 Mac ini.

Tambah beliau, ujian air kencing ke atas dua suspek lelaki dan seorang suspek wanita itu negatif penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, kata beliau, dua suspek lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis sedang mengesan saki baki sindiket ini untuk diheret ke muka pengadilan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI