fbpx

Dehidrasi, keletihan melampau punca Atu Zero kecundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atu dimasukkan ke hospital setelah mengalami dehidrasi dan keletihan melampau.

PETALING JAYA – Kekurangan air dalam tubuh dan keletihan menyebabkan pelawak dan juga pelakon, Atu terpaksa dikejarkan ke hospital malam tadi.

Menerusi perkongsian foto dalam Instagram isterinya, Shafeeqa Johari, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli kelihatan Sharif terbaring di atas katil hospital ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ Selangor.

“Kecundang juga hero kami. Bukan Covid-19 ya. Dehidrasi, kepenatan dan keletihan. Selalunya kami yang sakit, dia yang gagah. Tak pernah lihat dia atas katil hospital.

“Masa nak cucuk air (drip) pun dia masih tanya boleh ambil wuduk atau tidak? Boleh B (panggilan Atu) Pedih pun sikit sahaja. Kita buat tayammum. Doakan hero kami cepat sihat,” ujar Shafeeqa menerusi hantaran dalam Instagramnya.

Shafeeqa memaklumkan, Atu sememangnya seorang suami yang kuat bekerja untuk mencari rezeki. Malah wanita itu turut mengakui suaminya sangat bertanggungjawab dalam rumah tangga.

“Allah SWT tahu kau berusaha cari rezeki. Dia suruh berehat kejap. Tak mengapa jangan risau sebab ada rezeki lain. Suami yang paling gagah dalam rumah tangga.

“Kalau sakit pun dia gagahkan juga mencari rezeki. Sayu tengok muka suami. Syukur alhamdulillah tidak ada apa-apa yang serius,” katanya.

Ujarnya lagi, dalam keadaan sakit sekali pun Atu sangat rajin bekerja sehingga suaminya terpaksa berpura-pura untuk sihat.

Atu merupakan salah seorang ahli kumpulan Zero yang turut dianggotai oleh dua abangnya iaitu Syaiful dan Sharif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI