fbpx

4 PATI ditahan ketika cuba seludup keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat PATI yang ditahan Kastam Johor di perairan Pontian ketika cuba keluar negara tanpa melalui laluan sah, Sabtu lalu. Foto IHSAN KASTAM

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan satu cubaan menyeludup keluar empat pendatang asing tanpa izin (PATI) di Perairan Pontian, Sabtu lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, keempat-empat yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 hingga 46 tahun.

Menurutnya, mereka dikesan ketika anggota sedang menjalankan penguatkuasaan rondaan laut pada pukul 1.40 petang.

“Ketika pemeriksaan dibuat, kesemua mereka didapati dalam perjalanan keluar dari negara untuk menuju ke negara asal menggunakan jalan laut.

“Keempat-empat suspek didapati tidak mempunyai sebarang permit sah untuk tinggal di Malaysia dan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Sehubungan itu, pihaknya turut meminta kerjasama orang awam untuk membantu jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

“Masyarakat awam juga dinasihatkan untuk tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut yang ternyata salah di sisi undang-undang negara.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mengunjungi pejabat Kastam yang terdekat,” ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI