fbpx

Lelaki cedera, paraglider terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki cedera selepas paraglider dikendalikannya terhempas di padang Kompleks Kastam Kangar hari ini.

KANGAR – Seorang lelaki cedera selepas peralatan sukan luncur udara, paragliding yang dikendalikannya terhempas di kawasan padang Kompleks Kastam Kangar, Jalan Kampung Pondok di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Shahrizal Daud cedera pada tangan kanan dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, mangsa berlepas dari pekarangan Stadium Utama Kangar sebelum terhempas di padang berhampiran Wisma Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, siasatan mendapati, peralatan sukan luncur udara yang merupakan milik individu lain berasal dari Kuala Lumpur itu dibawa ke sini untuk membuat demo penerbangan.

“Mangsa bersama ahli sebuah kelab penerbangan dikatakan mahu melakukan demo penerbangan bagi mempromosikan kelab mereka di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada penerbangan tersebut perlu mendapat kebenaran polis atau tidak, beliau memberitahu, perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Penerbangan Awam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI