fbpx

Liga M dapat tajaan berjumlah RM33 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI sangat yakin dan percaya bahawa Liga M musim 2021 bukan sahaja mendapat sokongan pelbagai pihak sebaliknya bakal menjadi pe­nanda aras baharu arena sukan Malaysia.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan telah menerima suntikan tajaan bernilai lebih RM33 juta bagi memastikan penganjuran Liga Malaysia (Liga M) 2021 berjalan sempurna seperti dirancang.

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, masih ada beberapa lagi penaja yang berminat untuk memberi sumbangan tetapi tidak boleh diumumkan lagi kerana masih belum mendapat pengesahan rasmi.

“Penajaan terkumpul yang diterima MFL setakat hari ini sebanyak RM33,428,000 dan ia adalah perkembangan yang cukup positif meskipun ekonomi negara ketika ini tidak begitu stabil ekoran penularan pandemik Covid-19.

“Malah, pihak MFL masih lagi dalam proses perbinca­ngan dengan beberapa lagi penaja yang dikenal pasti tetapi masih belum boleh diumumkan secara rasmi,” katanya pada majlis pelancaran Liga M 2021 di Putrajaya semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan.

Sementara itu, Ab. Ghani berkata, sudah setahun rakyat berdepan pandemik Covid-19, banyak rintihan khususnya penyokong bola sepak yang tidak dibenarkan ke stadium, bagaimanapun itu adalah pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Liga M musim lepas.

“Sebahagian besar mereka mula menyedari betapa bernilai, sentimental terhadap Liga M. Jadi, saya sangat yakin dan percaya bahawa Liga M musim 2021 bukan sahaja mendapat sokongan pelbagai pihak sebaliknya bakal menjadi pe­nanda aras baharu arena sukan negara,” katanya.

Saingan Liga M yang akan membuka tirai pada Jumaat ini bakal menyajikan pere­butan lima trofi utama iaitu Piala Sum­bangsih, Li­ga Super, Liga Premier, Piala Ma­laysia dan Piala Cabaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI