fbpx

Kareena dapat anak lelaki lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWAFOTO pertama yang dikongsikan Kareena dalam Instagram selepas selamat bersalin.

Pelakon terkenal Bollywood yang juga isteri kepada aktor, Saif Ali Khan, Kareena Kapoor selamat melahirkan bayi lelaki keduanya pada Ahad lalu.

Menurut Times of India, Kareena melahirkan anak keduanya pada jam 8.30 pagi waktu tempatan di Pusat Perubatan Breach Candy, Mumbai.

“Kami sekali lagi dikurniakan seorang bayi lelaki. Kareena dan anak kami selamat dan dalam keadaan sihat. Terima kasih atas doa dan sokongan anda,” kata Saif.

Selain Saif, turut berada di hospital menemani Kareena ialah anak sulung mereka, Taimur Ali Khan bersama ahli keluarga lain iaitu ibunya, Babita Kapoor dan bapa, Randhir Kapoor serta kakaknya Karisma Kapoor.

Randhir Kapoor dalam kenyataannya kepada Bombay Times berkata, anak dan cucunya berada dalam keadaan baik.

“Saya belum melihat cucu, tetapi saya sempat berbual dengan Kareena yang memaklumkan perkara ini,” kata Babita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI