fbpx

Tiga nelayan leka bungkus dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shariman (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan di Taman Nilam, Langkawi pada semalam.

LANGKAWI – Tiga nelayan ditahan bersama kira-kira 282.7 gram (g) dadah jenis heroin dan syabu dianggarkan bernilai RM13,209 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Nilam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, serbuan kira-kira pukul 6.30 petang itu mendapati ketiga-tiga suspek sedang leka membungkus heroin di lantai rumah.

“Hasil pemeriksaan menemui 15 peket plastik lut sinar berisi heroin dianggarkan seberat 231.7 g dan 10 peket plastik lut sinar mengandungi syabu dengan berat 51g di atas lantai berhampiran suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini hari ini.

Kata beliau, suspek berusia 24, 46 dan 55 tahun itu didapati positif morfin dengan dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI