fbpx

Suri rumah maut Myvi bertembung MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan dipandu mangsa remuk teruk dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 10 Jalan Jerantut-Temerloh di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seorang suri rumah maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 10 Jalan Jerantut-Temerloh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Sow Kian Hoon,58, dalam perjalanan dari Mentakab ke Kuala Krau.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah MPV jenis Proton Exora.

“Akibat daripada kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan seorang penumpang MPV mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI