fbpx

Tiga beradik kembar teruja ke tabika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maisarah Adriana (kiri) , Maisarah Athirah (tengah) dan Maisarah Adlina ceria memulakan persekolahan di Tadika Kemas Kampung Kepah di Hulu Terengganu hari ini. GAMBAR HIASAN

HULU TERENGGANU – Tiga adik beradik kembar seiras teruja untuk memulakan sesi persekolahan sebagai murid prasekolah di Tabika Kemas Kampung Kepah di sini hari ini.

Maisarah Athirah Mohd Surhan, Maisarah Adriana dan Maisarah Adlina ,5, yang merupakan kembar seiras bangun seawal pukul 6 pagi untuk bersiap ke tabika mereka yang hanya terletak kira-kira 200 meter dari rumah.

Ibu mereka, Masuze Yusof, 36, berkata, ketiga-tiga anak perempuan kembarnya sebelum ini sangat sedih apabila sesi persekolahan termasuk prasekolah secara bersemuka yang sepatutnya bermula pada hujung bulan Januari telah ditangguhkan.

“Malam tadi, mereka bertiga bukan sahaja bersemangat menyiapkan beg sekolah turut mencuba pakaian seragam tadika.

“Ketiga-tiga anak perempuan saya bergaya dengan pakaian seragam sambil menggalas beg sekolah masing-masing. Keletah mereka amat menghiburkan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Masuze berkata, Maisarah Athirah, Maisarah Adriana dan Maisarah Adlina juga tidur awal malam tadi kerana bimbang sukar bangun pagi bagi memulakan persekolahan hari ini.

Ibu kepada enam anak itu berkata, keceriaan mereka berterusan sebaik diambil selepas tamat sesi persekolahan dan tiga beradik itu asyik bercerita tentang pengalaman hari pertama sebagai murid prasekolah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI