fbpx

Wanita, teman lelaki didakwa bunuh anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh K.Puvaneswary ,31, dan teman lelakinya N.Tanabalan ,28, (belakang) ketika dibawa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

BANGI – Seorang wanita dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang juga merupakan anak kepada wanita itu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh K.Puvaneswary ,31, dan teman lelakinya N.Tanabalan ,28, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil terhadap mereka di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat secara bersama didakwa dengan sengaja telah membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah unit pangsapuri, Jalan Eco Majestic, Semenyih di sini antara 14 Februari hingga 12.19 tengahari pada 18 Februari lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhd. Fauzan Mohd. Nor manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah kemudian menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Kosmo! Online 19 Februari lalu melaporkan seorang lelaki dan teman wanitanya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai akibat didera di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Semenyih di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian oleh petugas di Jabatan Kecemasan Hospital Kajang kira-kira pukul 1.20 petang.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah dipukul oleh suspek lelaki yang juga merupakan teman lelaki ibunya sehingga mengakibatkan kanak-kanak berkenaan tidak sedarkan diri seterusnya dikejarkan ke hospital.

Menurut Mohd. Zaid, susulan laporan yang diterima, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas ibu mangsa berusia 31 tahun dan teman lelaki wanita berkenaan berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta.K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI