fbpx

3,135 polis ambil suntikan vaksin melibatkan dua fasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Azly pada majlis pelancaran Suntikan Vaksin Covid-19 Polis Kuala Lumpur di Klinik Kesihatan Jinjang Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 3,135 orang terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kontinjen Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal mengambil suntikan vaksin bermula bulan ini hingga April depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,882 melibatkan petugas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seperti Brickfields, Cheras, Dang Wangi, Sentul dan Wangsa Maju.

“Kesemua mereka ini akan menerima suntikan vaksin di Klinik Kesihatan (KK) Jinjang, Kepong.

“Manakala baki 253 orang petugas lagi melibatkan IPD Putrajaya yang mana mereka akan mengambil suntikan vaksin di KK Presint 18, Putrajaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Suntikan Vaksin Covid-19 Polis Kuala Lumpur di Klinik Kesihatan Jinjang, di sini hari ini.

Jelasnya, mengikut perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM), pengambilan suntikan vaksin akan dilaksanakan secara berperingkat melalui dua fasa.

“Fasa pertama bermula hari ini hingga 18 Mac manakala fasa kedua pula akan bermula pada 22 Mac hingga 4 April.

“KKM mensasarkan seramai 240 orang petugas akan menerima suntikan vaksin untuk tempoh satu hari,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua petugas yang mengambil suntikan vaksin ini merupakan golongan yang paling berisiko yang bertugas di barisan hadapan seperti di sekatan jalan raya (SJR). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI