fbpx

PKP ditarik balik apabila tiba masa sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang akhbar menteri-menteri kanan selepas majlis amanat Perdana Menteri Setahun Malaysia Prihatin di PICC hari ini.

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang berkuat kuasa ketika ini berkemungkinan akan ditamatkan apabila imuniti kelompok dicapai melalui pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan untuk menarik balik PKP dengan mengambil kira jumlah peratusan rakyat sudah divaksin bagaimanapun masih belum dibincangkan lagi buat masa ini.

“Kita belum adakan mesyuarat tentang berapa peratus (rakyat) selepas divaksin, baru kita akan tarik balik PKP.

“Tetapi, saya percaya apabila tiba masa bersesuaian, kita akan tarik balik PKP 2.0 yang diperkenalkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas amanat Setahun Malaysia Prihatin di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Menteri Kanan (Perdagangan), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin; Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan untuk membenarkan pergerakan merentas negeri atau daerah misalnya, bergantung kepada penilaian beberapa faktor dan ia memerlukan keputusan bersama pihak kerajaan.

Beliau berkata, buat masa ini, tindakan kawalan kesihatan awam masih perlu diteruskan di samping memastikan program imunisasi berjalan lancar.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, kelonggaran bagi aktiviti rentas negeri akan dipertimbangkan sekiranya negara mencapai imuniti kelompok dengan sasaran 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia sudah diberikan vaksin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI