fbpx

Sejuta orang di Britain tidak kenal siapa bapa kandung mereka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dooley (kiri) dan King bakal ke udara menerusi rancangan DNA Family Secrets esok. – DAILY MAIL

LONDON – Sekitar seorang dalam setiap 50 penduduk di Britain tidak mengenali siapa ayah kandung mereka, demikian menurut pakar seperti dilaporkan akhbar DailyMail kelmarin.

Pelbagai sebab menjadi punca perkara itu berlaku, antaranya kerana mereka dijadikan anak angkat, aktiviti pendermaan sperma dan penipuan paterniti oleh ibu yang tidak mahu identiti bapa kandung diketahui anak mereka.

Angka mengejutkan itu didedahkan dalam program televi­syen, DNA Family Secrets dengan pengacaranya, Stacey Dooley berkata, peningkatan jumlah ujian genetik bagi mengetahui salasilah keluarga mendedahkan statistik yang mengejutkan.

Menurutnya, angka yang diperoleh menunjukkan seorang dalam setiap kira-kira 50 penduduk tidak mengetahui siapa bapa biologi mereka.

Rancangan itu juga menyatakan, kira-kira sejuta rakyat ­Britain membesar tanpa bapa sebenar mereka.

“Terdapat pelbagai faktor mengapa bapa yang ada dalam sesebuah keluarga bukan ayah kandung kepada anak-anak,” kata pakar genetik Britain, Turi King dalam program televisyen tersebut yang akan disiarkan esok.

“Dalam sesetengah kes, seorang wanita mungkin menjalin hubungan baharu semasa anak­nya masih kecil dan bapa baharu membesarkannya seperti anak sendiri,” tambahnya.

Menurut King, ada kalanya seorang lelaki mempercayai bahawa dirinya adalah bapa kan­dung walaupun hakikat sebenar adalah sebaliknya. Selain itu, kata­nya, isu seperti pengambilan anak angkat dan pendermaan sperma turut menyumbang kepada situasi tersebut.

Tambahnya, paterniti palsu lebih kerap berlaku di bandar besar yang mempunyai lebih banyak peluang kehidupan dan dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI