fbpx

71,711 murid mulakan sesi persekolahan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat ibu yang hanya mampu menjenguk dari pintu pagar sekolah kerana perlu patuh pada prosuder operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Meleret di sini. - Foto BAHRUDDIN HATTA

KOTA BHARU – Seramai 71,711 murid prasekolah, tahun satu dan tahun dua memulakan sesi persekolahan secara bersemuka di Kelantan pada hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Mohamad Abd. Wahab berkata, daripada jumlah itu seramai 16,803 merupakan murid prasekolah.

“Selain itu, seramai 27,871 murid tahun satu dan 27,037 murid tahun dua berdaftar ke sekolah pada hari ini.

“Jumlah kedua-dua kategori murid itu adalah seramai 54,908 melibatkan 10 PPD di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Sekolah Kebangsaan(SK) Padang Kala di sini, mendapati, semua ibubapa dan murid mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka ketika menghantar anak masing-masing.

Ibu bapa yang menghantar anak mereka juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

Bagaimanapun, kebenaran hanya diberi kepada ibu bapa yang memandu kereta yang masuk secara pandu lalu dengan dipantau oleh pihak guru sejak awal pagi lagi.

Dalam pada itu di Pasir Puteh, anak-anak nelayan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Ru bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan selepas tiga bulan uniform sekolah yang dibeli hanya tersimpan di dalam almari.

Kebanyakan murid di sekolah itu merupakan anak-anak nelayan pesisir pantai mula memenuhi pintu pagar sekolah itu awal pagi ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI