fbpx

Agong zahir penghargaan kepada anggota Tentera Darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah merakam penghargaan kepada anggota Tentera Darat Malaysia termasuk veteran dan semua yang pernah berkhidmat.

PETALING JAYA- Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah merakam penghargaan kepada anggota Tentera Darat Malaysia termasuk veteran dan semua yang pernah berkhidmat.

Baginda bertitah demikian bersempena Hari Tentera Darat Ke-88 hari ini.

Istana Negara dalam hantaran di laman Facebook berkata, Baginda menzahirkan penghargaan tertinggi khusus kepada anggota barisan hadapan atas pengorbanan dalam membantu kerajaan memerangi penularan wabak Covid-19.

“Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota Tentera Darat dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara yang kita cintai bersama ini.

“Semoga angkatan Tentera Darat terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa,” katanya menerusi hantaran itu.

Baginda turut merakam penghargaan kepada keluarga anggota Tentera Darat yang terkorban semasa melindungi kedaulatan negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI