fbpx

Pasangan kembar teruja pertama kali ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maskot Pinkfong menyambut kedatangan murid Tahun Satu, Dua dan Pra-Sekolah di Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru hari ini-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pasangan kembar antara 339 murid Tahun Satu, Dua dan Pra-Sekolah teruja memulakan sesi persekolah 2021 ke Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, hari ini.

Tinjauan yang dibuat di sekolah tersebut mendapati ibu bapa mula menghantar anak-anak seawal pukul 6.30 pagi dalam keadaan yang terkawal dan teratur.

Kelihatan maskot Pinkfong digunakan pihak sekolah bagi menyambut kehadiran seramai 25 murid pra sekolah, 158 murid Tahun Satu dan 156 murid Tahun Dua bagi menarik minat dan keterujaan mereka ke sekolah.

Menurut penjaga, Dr. Mohammed Izuan Zabid, 43, anak kembar perempuannya merasa amat teruja untuk melangkah ke alam persekolahan dan mengenakan pakaian sekolah buat pertama kali.

Katanya, persiapan persekolahan buat Nur Suraya dan Nur Sarah masing-masing berusia tujuh tahun menjadi lebih mudah dengan bantuan cikgu sekolah yang sentiasa mengemas kini maklumat tentang apa yang perlu disediakan pada hari pertama ini.

“Anak-anak cukup teruja setelah dapat tahu mereka dapat mula bersekolah pada hari ini. Segala persiapan telah dibuat sejak awal lagi, cuma pakaian sekolah dibeli saat akhir sehingga keputusan muktamad sekolah kembali dibuka.

“Sebagai ibu bapa, kami risau juga akan keadaan mereka di sekolah di kala pandemik ini. Kami sudah membekalkan mereka dengan cecair penyahkuman dan pelitup muka selain berharap cikgu dapat membantu mereka dalam kawasan sekolah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bagi M.Nithiyah, 32, anak sulungnya, P. Thivyasree kelihatan gemuruh apabila terpaksa bersendirian melangkah ke kawasan sekolah tanpa iringan ibu bapa.

“Dia nampak gelisah, jadi saya berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan serta cikgu di sekolah. Saya juga sudah mengingatkannya untuk menjaga keselamatan diri di sekolah dan hingga tamat sesi pembelajaran,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI