fbpx

Dua lelaki seludup PATI ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang tular di media sosial menunjukkan suspek berjaya diberkas oleh anggota polis di Kampung Chenerai, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Tindakan dua lelaki yang cuba menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita warga Thailand gagal apabila mereka dicekup anggota polis di hadapan sebuah rumah di Kampung Chenerai, Alor Pasir di sini semalam.

Mereka juga cuba melarikan diri dan bertindak berani dengan bergelut dengan pihak polis sebelum ditahan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, polis melihat sebuah kereta jenis Perodua Alza yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di sekatan jalan raya bergerak di Jalan Panglima Raja dekat Lemal di sini kira-kira pukul 1 petang.

Menurutnya, polis kemudian telah meminta kereta tersebut untuk berhenti di bahu jalan, namun tidak diendahkan oleh pemandunya.

“Sebaliknya, pemandu bertindak memecut laju kereta itu menghala ke arah Kelar di sini.

“Anggota polis mengejar kereta tersebut sehingga ia berhenti di hadapan sebuah rumah di Kampung Chenerai Alor Pasir,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohamad Roy Suhaimi, kedua-dua suspek itu cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan pihak polis sebelum mereka berjaya ditahan.

Katanya, pemeriksaan lanjut, polis menemui seorang wanita warga Thailand berusia 26 tahun yang duduk di tempat duduk belakang kereta itu.

“Siasatan mendapati, kedua-dua suspek berusia 20 dan 40 tahun yang bertindak sebagai tekong darat untuk membawa wanita itu masuk ke negara ini secara haram.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI