fbpx

Aston Martin sedia ‘lamar’ Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON masih berpeluang menyertai pasukan lain untuk beraksi dalam perlumbaan F1 jika meninggalkan Mercedes musim depan. – AFP

LONDON – Pasukan Aston Martin bersedia untuk membuka pintu buat Lewis Hamilton menyertai mereka sekiranya juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali itu membuat keputusan meninggalkan Mercedes musim depan.

Pemilik Aston Martin, Lawrence Stroll mengakui pasukannya teruja untuk cuba memujuk Hamilton menyertai pasukannya dan bergandingan dengan anaknya, Lance.

Ia mungkin boleh menjadi kenyataan selepas Stroll mengejutkan ramai pihak apabila berjaya memanggil juara dunia empat kali, Sebastian Vettel menyertai pasukan itu dan menjadi pencabar kejuaraan F1 musim ini.

“Jika kami berjaya memujuknya (Hamilton) menyertai pasukan ini, ia sudah tentu sesuatu yang sangat mengujakan. Hamilton tiada masalah kerana dia hebat beraksi dengan mana-mana jentera.

“Saya pasti setiap orang akan mengatakan ya dengan idea ini kerana dia adalah juara dunia F1 sebanyak tujuh kali. Cumanya, buat masa ini saya mahu memberi tumpuan kepada persiapan pasukan terlebih dahulu,” kata Stroll.

Baru-baru ini, Hamilton, 36, hanya melanjutkan kontrak semusim bersama Mercedes sekali gus menjadi tahun ke­sembilannya bersama pasukan tersebut dalam perlumbaan F1 sejak 2013.

Bagaimanapun, pemandu Great Britain itu masih belum memutuskan sama ada ingin kekal bersama Mercedes atau mengumumkan persaraan dalam kancah F1 apabila tamat perjanjian tersebut.

Sebagai rekod, sejak mula memenangi gelaran dunia bersama Mercedes pada 2014, Hamilton hanya sekali terlepas kejuaraan tersebut ketika musim 2016 kepada rakan sepasukannya ketika itu, Nico Rosberg. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI