fbpx

Zakar kekasih gelap isteri jadi ‘cenderahati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONILLA dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun. – DAILY STAR

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana memotong zakar kekasih isterinya dan menyimpan organ tersebut sebagai ‘cenderahati’, lapor akhbar Daily Star.

Alex Bonilla, 51, melakukan jenayah itu terhadap mangsa di daerah Gilchrist, Tallahassee pada 2019. Dia menuduh ­mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Bonilla juga mengaku bersalah menculik dan memukul mangsa menggunakan senjata berbahaya.

Dia dilaporkan telah pergi ke rumah mangsa yang terletak tidak jauh dari rumahnya sambil membawa sepucuk pistol. Lelaki itu mengikat mangsa di sebuah kerusi sebelum memotong zakarnya.

Pihak berkuasa Daerah Gilchrist berkata, Bonilla yang merupakan bapa kepada lima anak kemudian melarikan diri ke rumahnya bersama zakar mangsa yang dikerat.

Menurut mangsa, Bonilla mengikat tangannya ke belakang dan memberitahu: “Kamu tidak akan mati hari ini (hari kejadian) tetapi akan mengingatinya seumur hidup kamu.”

Bonilla yang berhijrah ke AS dari El Salvador pada 1990 kemudian melurut seluar pendek mangsa sebelum mengikat getah di zakar lelaki itu beberapa kali bagi menghentikan aliran darah sebelum memotongnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI