fbpx

Juventus buang peluang menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (dua dari kanan) gagal membantu Juventus mencatat kemenangan walaupun berjaya meledak satu gol. - AFP

VERONA, Itali – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo mengkritik prestasi barisan pemainnya kerana mensia-siakan kelebihan satu gol dan membenarkan Hellas Verona meraih keputusan seri 1-1 pada aksi Serie A di Stadio Marcantonio Bentegodi awal pagi semalam.

Ia adalah satu keputusan mengecewakan buat The Old Lady yang menguasai sebahagian besar perlawanan dan memiliki 15 percubaan tetapi sekadar menjaringkan satu gol melalui Cristiano Ronaldo pada minit ke-49.

Malangnya, penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny terpaksa bekerja keras dalam babak kedua menafikan beberapa percubaan berbahaya Verona yang akhirnya berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-77 menerusi Antonin Barak.

“Ini adalah salah satu perlawanan yang kami sepatutnya ber­jaya me­raih tiga mata. Apa yang le­bih mengecewakan sa­ya apabila kami tidak mempertahankan ke­lebihan satu jari­ngan.

“Ada bebera­pa as­pek kecil yang rata-ra­ta pemain mu­da tidak me­mahami­nya de­­ngan baik sekali gus membawa perubahan be­sar da­lam per­lawanan ini.

“Saya sudah beritahu Cristiano (Ronal­do) dan Alex Sandro me­ngenai pe­r­kara ini tetapi ia tetap juga berlaku. Hasilnya kami hilang dua mata yang cukup berharga,” kata Pirlo.

Sementara itu, pemain sa­yap pinjaman Juventus daripada Fiorentina, Federico Chiesa percaya mereka masih mampu memburu gelaran Scudetto musim ini meskipun kini menduduki tangga ketiga dan ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Inter Milan.

“Kami sudah belajar daripada kesilapan hari ini (awal pagi semalam). Saya percaya masih ada harapan buat Juventus yang akan berjuang habis-habisan me­rebut kejuara­an musim ini,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI