fbpx

Jurutera rugi RM20,000 ditipu lelaki menyamar rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seorang jurutera berusia 56 tahun mengalami kerugian sebanyak RM20,000 akibat diperdaya seorang lelaki menyamar sebagai rakannya bernama Zamri menerusi aplikasi WhatsApp pada semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa menerima mesej daripada lelaki terbabit ketika berada di sebuah pasar raya di Jalan Pegawai di sini kira-kira pukul 8.35 malam.

Katanya, suspek memberitahu dia terdesak untuk meminjam wang dan tanpa membuat semakan, mangsa terus membuat pindahan wang berjumlah RM20,000 secara perbankan internet sebanyak empat kali ke tiga akaun berbeza.

“Mangsa mula berasa curiga dan sedar ditipu apabila suspek terus memintanya membuat pindahan wang sebelum bertindak menghubungi rakannya itu melalui panggilan telefon.

“Rakannya itu bagaimanapun menafikan telah menghubungi mangsa untuk meminjam wang dan memberitahu WhatsApp miliknya telah digodam setelah dia menyerahkan nombor kod WhatsApp yang diterima kepada nombor telefon tidak dikenali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Elias, mangsa kemudian membuat laporan polis di sini pada hari yang sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI