fbpx

Pavithra tolak jumpa kaunselor- Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh SHAARANI ISMAIL

PARIT – YouTuber masakan popular S. Pavithra, 28, mengakui tidak memerlukan bantuan mana-mana termasuk kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menangani masalah dan kemelut rumah tangga bersama suaminya, M. Sugu, 29.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin selepas JKM mengadakan pertemuan bersama YouTuber berkenaan di kediamannya di Sungai Siput 22 Julai lalu.

Dr Wan Norashikin berkata, Pavithra menjelaskan, dia yakin dapat menyelesaikan kemelut yang dihadapi dan dapat menguruskannya dengan sebaik mungkin.

“Ketika intervensi itu berlangsung beliau mengatakan tidak perlu bantuan dan bimbingan dari JKM setakat ini dan beliau yakin dapat menyelesaikan kemelut dan isu keluarga itu dengan baik serta dapat menguruskannya

“Pihak JKM ada memaklum kepada beliau bahawa kita sentiasa bersedia dengan kaunselor yang kita ada dengan kaunseling malah sudah memberikan nombor untuk dihubungi tidak kira masa jika memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Fasa Kedua di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Warga Miskin Parit (Bait Al Amin) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JKM Perak, Nortipah Majin Pengerusi Bait Al Amin, Razlan Zamzuri.

Wan Norshikin berkata, Pavithra juga meminta orang ramai khususnya netizen supaya memberikan dia dan suami ruang yang secukupnya bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.

Bagaimanapun Pavithra mengakui telah memaafkan perbuatan suaminya itu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menahan Sugu dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.

Terdahulu, Dr Wan Norashikin berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan PRE Fasa Kedua membabitkan 215 rumah kebajikan dengan kira-kira 6,000 penghuni.

Melalui bantuan itu, setiap penghuni menerima sebanyak RM150 secara ‘one off’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI