fbpx

Pelakon Shaolin Soccer meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Man-tat (kanan) dan Chow dalam salah satu babak filem lakonan bersama mereka. - South China Morning Post

HONG KONG – Pelakon veteran, Ng Man-tat, 70, meninggal dunia hari ini akibat kanser hati, lapor akhbar South China Morning Post.

Pengerusi Persekutuan Pembuat Filem Hong Kong, Tenky Tin Kai-man berkata, dia meninggal dunia di Hospital Kesatuan Tai Wai pada pukul 5.16 petang tadi.

Menurutnya, isteri dan anak-anak Man-tat berada di sisinya ketika dia meninggal dunia.

“Dia meninggal dunia dalam keadaan aman sewaktu tidur,” katanya di hospital berkenaan.

Man-tat dilahirkan di Xiamen, China pada tahun 1951 dan mula berlakon di Hong Kong pada 1981 menerusi filem Heroic Cops.

Dia juga popular dengan lakonannya sebagai jurulatih bola sepak menerusi filem Shaolin Soccer arahan Stephen Chow. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI