fbpx

Bomba berdepan kesukaran padam kebakaran hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bertungkus-lukus memadam kebakaran hutan di Kampung Sindu, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Ipoh hari ini.

IPOH – Operasi memadam kebakaran hutan seluas 16 hektar di Kampung Sindu, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di sini berdepan kesukaran ekoran keadaan bentuk muka bumi dan sumber air yang terhad.

Malah keadaan cuaca panas dan kering dengan kawasan yang dikelilingi banyak pokok resam menyebabkan api merebak dengan cepat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, keadaan kawasan yang berbukit dan curam menyukarkan akses masuk jentera bomba ke lokasi bagi tujuan memadam kebakaran.

Katanya, anggota yang terlibat terpaksa mendaki untuk ke lokasi tersebut dengan membawa peralatan iaitu ‘fire beater’ dan ‘jet shooter’.

“Sumber bekalan air juga amat terhad di kawasan itu. Kami hanya menggunakan aliran air dari bukit yang kuantitinya amat terhad.

“Kaedah pemadaman menggunakan ‘fire beater’ dan semburan air menggunakan ‘jet shooter’,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azmi, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai terlibat dalam operasi memadam kebakaran kawasan tanah bukit itu sejak kelmarin.

“Punca kebakaran masih belum dikenal pasti namun tidak menolak kemungkinan oleh perbuatan individu yang menggunakan sumber nyalaan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI