fbpx

Lebih 24jam bomba padam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bertungkus-lumus lebih 24 jam mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan seluas 24 hektar di Kampung Bukit Durian, Umbai di sini hari ini.

MELAKA – Seramai 35 anggota termasuk enam pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri bertungkus-lumus lebih 24 jam mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan seluas 24 hektar di Kampung Bukit Durian, Umbai di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi negeri, Penguasa Bomba ll Muhammad Izwan Arief Mat Noh berkata, kerja-kerja pemadaman itu bermula pukul 4.59 petang semalam dengan lebih 35 peratus daripada kawasan jenis tanah gambut berkenaan telah terbakar.

Katanya, bomba turut meminta kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menambahkan kedalaman tali air berdekatan bagi membolehkan sumber air itu diambil.

“Bomba masih bertungkus-lumus mengawal kebakaran bagi mengelak api merebak di kawasan lain dengan keluasan kira-kira 24 hektar.

“Keadaan cuaca sekarang terlalu panas dan angin kuat di kawasan ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pusat operasi pemadaman di sini hari ini.

Menurutnya, antara kesan lain diambil kira pasukannya adalah risiko penglihatan pengguna jalan raya terjejas akibat lokasi kebakaran terletak hanya 300 meter dari Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

“Kami bimbang sekiranya pembakaran ini tidak dikawal dengan cepat, asap kebakaran akan mengganggu penglihatan pengguna jalan raya.

“Bagaimanapun, setakat ini kebakaran ini tidak membahayakan penduduk setempat dengan jarak lokasi dengan rumah terdekat adalah kira-kira 500 meter,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI