fbpx

Kesalahan berulang, cetus kluster baharu dikompaun RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

JELI – Peningkatan nilai kompaun kepada RM10,000 yang berkuatkuasa 11 Mac ini hanya akan dikenakan kepada individu degil yang masih melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, nilai kompaun itu turut akan dikenakan terhadap mereka yang menjadi punca tercetusnya kluster baharu Covid-19 di satu-satu kawasan.

Tegasnya, nilai kompaun itu tidak akan dikenakan terhadap semua kesalahan melibatkan pelanggaran pematuhan SOP.

“Perlu diingatkan, nilai kompaun ini ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menguatkuasakan undang-undang sahaja dan kami tidak boleh menerima bayaran kompaun tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang baharu di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan individu yang didapati melanggar SOP akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 berkuatkuasa 11 Mac.

Kompaun sebanyak RM50,000 turut akan dikenakan bagi syarikat atau pertubuhan yang didapati melakukan kesalahan yang sama.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI