SERDANG – Sebuah bas ekspres membawa pesakit Covid-19 merempuh Plaza Tol UPM dalam satu kemalangan jalan raya di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.
Difahamkan bas itu dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Bas berkenaan dipercayai membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak.
Sekurang-kurangnya enam penumpang bas itu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke MAEPS untuk menerima rawatan.
Rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) kemalangan itu turut tular di media sosial. – K! ONLINE