fbpx

JPJ pungut RM8.5 bilion hasil bukan cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memungut RM8.5 bilion hasil bukan cukai bagi tahun 2018 dan 2019.

Menurut beliau, jumlah kutipan hasil keseluruhan oleh JPJ pada tahun 2018 adalah RM4.2 bilion manakala pada tahun 2019 pula adalah berjumlah RM4.3 bilion.

Jelas Ka Siong, JPJ tidak mengutip hasil daripada sumber cukai, sama ada cukai langsung mahupun tidak langsung sebaliknya kutipan hasil jabatan berpunca daripada sumber hasil bukan cukai.

“Daripada jumlah kedua-dua tahun tersebut, hasil yang dikutip daripada saluran di Kaunter Fizikal JPJ adalah berjumlah RM5.02 bilion bersamaan 58.82 peratus.

“Kutipan hasil JPJ berpunca daripada sumber hasil bukan cukai seperti pembayaran fi perkhidmatan pengeluaran lesen memandu, fi perkhidmatan urus niaga pendaftaran baharu kenderaan motor, fi dikenakan ke atas pembaharuan lesen kenderaan motor dan bayaran denda atau saman,” katanya dalam sesi soal jawab sidang di Dewan Rakyat, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI