fbpx

Vaksinasi atlet ke Olimpik April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican

ATLET dan pegawai yang akan menyertai Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun pada Julai depan boleh menarik nafas lega selepas kerajaan Malaysia membenarkan seramai 264 individu disuntik vaksin Covid-19 pertama pada April depan sebeluk berlepada ke temasya sukan terbesar dunia tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya berharap kesemua atlet dan pegawai ke Olimpik akan dapat vaksinasi sepenuhnya pada Mei nanti sebelum berlepas ke Negara Matahari Terbit itu.

“Setakat ini saya dimaklumkan bahawa sejumlah 264 atlet dan pegawai akan menjalani vaksinasi pada April nanti. Kami tidak boleh biarkan mereka disuntik pada penghujung fasa pertama sebab ada tempoh untuk dos pertama dan kedua.

“Jadi, kami harapkan Mei ini, kesemua 264 individu itu sudah disuntik vaksin menerusi pu­singan dos kedua. Apabila sampai Julai, mereka sudah berada dalam keadaan boleh menyertai Sukan Olimpik dan bebas Co­vid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perjanjian bagi pembinaan dan pengurusan platform esukan.gg antara Impact Intergrated de­ngan Techninier Sdn. Bhd. di Menara Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya semalam.

Jelas Reezal Merican, 264 individu tersebut merupakan kumpulan daripada senarai nama 4,000 atlet dan pegawai mewakili negara ke peringkat antarabangsa yang diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin Co­vid-19.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa kesemua 264 itu akan memilih untuk vaksinasi biarpun inisiatif tersebut bersifat sukarela.

“Saya yakin kesemua mereka ini akan memilih untuk vaksinasi kerana ia adalah satu perkara yang akan memberi kedudukan mereka jauh lebih selamat malah Perdana Menteri, Tan Sri Muh­yiddin Yassin juga sudah disuntik vaksin,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI