PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan seorang pegawai kanannya berkuat kuasa pada 1 Mac ini.
Komunikasi Korporat PDRM, Superintenden Skandaguru Anandan, berkata, pertukaran tersebut membabitkan Senior Asisten Komisioner (SAC) M. V Sri Kumar M. Nair.
“Beliau yang kini bertugas di Bahagian Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman akan bertukar sebagai SAC Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Putrajaya.
“Pertukaran tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE