fbpx

Buli punca drama Hye-soo ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK HYE-SOO

PELAKON Park Hye-soo baru-baru ini terpalit dengan isu buli ketika zaman persekolahan yang secara tidak langsung menjejaskan kerjaya seninya.

Meskipun agensinya menangkis sekeras-kerasnya khabar angin dan berita palsu tersebut, nampaknya mangsa yang mendakwa dibuli pelakon itu langsung tidak menarik kembali kenyataannya.

Rentetan isu tersebut, pelakon berusia 27 tahun itu yang dijadualkan bakal muncul menerusi drama terbaharunya, Dear M kini mengalami banyak pembatalan jadual seni dan promosi seperti yang telah dipersetujuinya.

Menurut sumber dalaman KBS, episod pertama Dear M yang sepatutnya ditayangkan pada 26 Februari telah ditunda. Jadual siaran pada hari tayangan juga sudah diubah oleh pihak KBS.

Terdahulu, pelakon itu berdepan tiga dakwaan daripada individu sama yang mendedahkan dia pernah dibuli rakan sekelas lamanya iaitu Hye-soo ketika berada di bangku sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI