fbpx

Lebih sejuta daftar vaksin menerusi MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lebih sejuta rakyat Malaysia sudah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19, setakat pukul 3 petang tadi.

Berdasarkan angka sebenar, seramai 1,065,423 rakyat Malaysia sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

Angka terbaharu itu dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Facebook, petang tadi.

Bilangan pendaftaran bagi mendapatkan vaksin Covid-19 terus mencatatkan peningkatan selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)  dilancarkan secara rasmi pada Rabu lalu.

PICK secara rasmi digerakkan seluruh negara bermula Rabu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan pertama vaksin berkenaan.

Hari ini sahaja beberapa menteri Kabinet menerima suntikan pertama vaksin termasuk Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI