fbpx

Koperal polis cedera dalam cubaan samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera dalam satu cubaan samun membabitkan dua lelaki di Taman Sri Rampai di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, anggota berusia 38 tahun yang menunggang motosikal itu kemudian telah ditahan oleh dua lelaki yang cuba menyamun dan memukul mangsa.

“Dalam pergelutan itu, mangsa cuba melawan bagi mempertahankan diri namun telah tercedera selepas dipukul menggunakan topi keledar dan kaca.

“Mangsa mengalami luka di dahi sedalam dua inci dan telah menerima enam jahitan pada bahagian dada sebelah kanan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, kedua-dua suspek bagimanapun telah berjaya diberkas kira-kira pukul 11 pagi pada hari kejadian.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 27 dan 31 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 4 Mac depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI