fbpx

Peningkatan kebakaran belukar berpunca daripada pembakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kawasan belukar di beberapa lokasi di Kelantan yang terbakar akibat pembakaran terbuka baru-baru ini./FOTO Ihsan Bomba Kelantan

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima laporan sebanyak 42 kes kebakaran kawasan belukar dan lalang dipercayai akibat daripada pembakaran terbuka sepanjang bulan ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Kanan Bomba I Anwar Abu Bakar berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak apabila hanya empat kes dilaporkan sepanjang bulan Januari lalu.

Katanya, Bachok dan Rantau Panjang dikenal pasti sebagai antara kawasan yang sering berlaku kejadian kebakaran belukar berbanding daerah lain.

“Faktor utama kebakaran belukar dan lalang berlaku dipercayai daripada pembakaran terbuka. Selain itu, ia juga ditambah dengan keadaan cuaca panas yang boleh mencecah 35 darjah celsius setiap hari.

“Oleh itu, kita menasihatkan agar orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran
terbuka kerana ia boleh merebak dengan cepat sehingga sukar dikawal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Anwar, dalam pada itu, bomba sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim kemarau.

Katanya, antara alternatif yang dilakukan bagi mengatasi masalah itu termasuk memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung perkara itu, penguatkuasaan undang-undang, penglibatan agensi lain dan menambah keperluan logistik. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI