fbpx

Sejam tahan sakit kaki tersepit dalam saluran paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak tersebut menahan sakit selepas kakinya tersepit dalam saluran paip di rumah di Taman Sutera Utama, Johor Bahru di sini semalam.

JOHOR BAHRU – Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kaki anak lelaki mereka yang berusia dua tahun tersangkut dalam paip di bilik air kediaman keluarga itu di Taman Sutera Utama, di sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Nazarudin Ahmad Zainuddin berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.22 malam.

Jelasnya, sehubungan itu seramai 13 anggota beserta empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tersangkut pada paip saluran air di bilik air rumah berkenaan.

“Anggota bomba bertindak memotong paip berkenaan dengan menggunakan ‘circular saw’ untuk mengeluarkan kaki mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, setelah kaki mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa dipastikan dalam keadaan selamat, anggota bomba kemudian menamatkan operasi pada pukul 12.37 tengah malam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI