fbpx

Pengawal keselamatan maut dipijak gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa ditemui dalam keadaan terbaring tidak berbaju serta berseluar hitam dengan kesan lebam pada bahagian badan disyaki telah diserang oleh gajah liar di lombong pasir Batu 6, Simpang Perani, Mawai, Kota Tinggi, hari ini.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut selepas diserang gajah liar dalam kejadian di lombong pasir Batu 6, Simpang Perani, Mawai, Kota Tinggi, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Misran Tukijoh, 56, menetap di Batu 12, Kampung Mawai Baru ditemui dalam keadaan terbaring tidak berbaju serta berseluar hitam di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 10.30 pagi membabitkan mangsa seorang lelaki berusia 56 tahun.

Jelasnya, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di lombong berkenaan dipercayai diserang kumpulan kecil gajah.

“Hasil siasatan di tempat kejadian, mangsa telah ditemui dalam keadaan terbaring tidak berbaju serta berseluar hitam dengan kesan lebam pada bahagian badan disyaki telah diserang oleh gajah liar.

“Siasatan juga mendapati terdapat kesan tapak kaki gajah dan juga kesan seretan gajah terhadap mangsa di tempat kejadian.

“Kenderaan milik mangsa jenis Honda juga didapati telah kemek dibahagian bonet dan pintu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai Mati mengejut  dan mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI