fbpx

Zidane kecewa meskipun Real menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDY (kiri) meraikan jaringan selepas meledak gol tunggal perlawanan menewaskan Atalanta pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara. – AFP

BERGAMO – Real Madrid sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Atalanta yang beraksi dengan 10 pemain sewaktu aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Gewiss awal pagi semalam.

Atalanta selaku tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 orang apabila pemain tengah, Remo Freuler dilayangkan kad merah seawal minit ke-17 selepas mengasari bek kiri Real, Ferland Mendy.

Begitupun, Real terpaksa me­nunggu sehingga minit ke-86 untuk meledak gol pertama yang menjadi jaringan tunggal perlawanan menerusi rembatan Mendy daripada luar kotak penalti sekali gus membawa pulang bekalan satu gol ke Madrid.

Ketua jurulatih Real, Zinedine Zidane mengakui, skuad kendaliannya menampilkan aksi mengecewakan, namun beliau tetap gembira dengan satu gol tersebut memandangkan mereka dibelenggu krisis kecederaan pemain.

“Kami tidak bermain seperti biasa pada hari ini (awal pagi semalam) tetapi saya tidak kisah kerana kemenangan lebih pen­ting. Walaupun satu gol, ia tetap beri kelebihan kepada kami.

“Amat penting untuk menja­ringkan gol di tempat lawan kerana kami perlu bermain pada aksi timbal balik selepas ini. Atalanta bukanlah lawan yang mudah untuk dikalahkan,” kata legenda Perancis itu.

Pada masa sama, Zidane turut memuji Isco yang bijak menyesuaikan diri beraksi di posisi penyerang bagi mengisi kekosongan ditinggalkan penyerang utama, Karim Benzema akibat kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI