fbpx

Guru bunuh tujuh ahli keluarga sendiri rayu tidak dihukum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHABNAM didapati bersalah membunuh tujuh ahli keluarganya kerana mereka melarang berkahwin dengan kekasihnya. - THE SUN

NEW DELHI – Seorang guru wanita yang memenggal kepala tujuh ahli keluarganya ketika mengandung kerana mereka melarang dia berkahwin dengan kekasihnya membuat rayuan pada saat terakhir sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati.

Guru tersebut, Shabnam Ali, 38, menjalani hukuman penjara sejak 11 tahun lalu selepas didapati bersalah membunuh.

Keluarga Shabnam dikatakan menentang hubungannya dengan seorang tukang kayu, Saleem ekoran perbezaan latar belakang mereka.

Pasangan kekasih itu kemudian membunuh tujuh ahli keluarga Shabnam iaitu ibu, bapa, dua adik-beradik lelaki, kakak ipar, sepupu dan anak saudaranya yang berusia 10 tahun pada 2008 selepas memberi mereka ubat penenang.

Shabnam yang mengajar subjek geografi dan bahasa Inggeris melahirkan anak lelakinya, Taj di penjara, lapor akhbar The Sun.

Dia didapati bersalah pada 2010 dan dijatui hukuman mati. Mahkamah Agung mengekalkan hukuman tersebut pada 2015 dan 2020.

Persiapan untuk hukuman gantungnya di penjara Mathura, utara India sedang berjalan ketika ini.

Taj, 12, yang melawat ibunya di penjara Ahad lalu merayu agar ibunya dimaafkan.

“Apabila saya menemui ibu Ahad lalu, dia memberitahu agar belajar bersungguh-sungguh dan menjadi manusia yang baik, tidak kira walau apa pun yang saya lakukan dalam hidup ini.

“Dia meminta agar tidak bimbang. Saya berharap Presiden India yang dihormati tidak mengecewakan seorang anak seperti saya dan memaafkan ibu,” katanya.

Shabnam yang mengajar di sebuah sekolah di kampungnya di Bawankhedi, Amroha sewaktu kejadia, turut memfailkan petisyen kedua bagi meminta belas kasihan daripada Gabenor negeri dan Presiden India, Ram Nath Kovind. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI