fbpx

1,924 kes 12 kematian, 3,752 sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,924 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 293,698 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,918 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 28,837 kes.

“Selain itu, terdapat 3,752 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 263,761 kes.

“Terdapat 12 kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,100 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada Facebook rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 205 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI