fbpx

KKM nafi pempengaruh penerima awal vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar laporan yang menyatakan pempengaruh antara yang paling awal menerima vaksin.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa Hospital Serdang berhasrat untuk memasukkan pempengaruh dan pengurusan kanan hospital dalam senarai penerima awal vaksin Covid-19 di hospital itu esok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pemberian vaksin akan diberi mengikut keutamaan seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu Fasa 1 untuk petugas barisan hadapan; Fasa 2 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu berisiko tinggi dan Fasa 3 bagi penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Beliau berkata, isu ‘memotong barisan’ bagi mendapatkan vaksin adalah tidak benar dan ia akan disiasat untuk tindakan.

“Laporan berita ini adalah palsu dan tidak benar.

“Semakan awal dengan Hospital Serdang mendapati, pihak hospital itu bercadang untuk memberi vaksin Covid-19 kepada beberapa orang ketua jabatan klinikal selain anggota barisan hadapan lain sebagai menunjukkan teladan baik kepada anak-anak buah di hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa pengurusan Hospital Serdang berhasrat memasukkan tiga orang pempengaruh dalam penerima pertama vaksin esok.

Portal berita itu turut melaporkan antara yang tersenarai sebagai penerima pertama vaksin adalah pegawai pengurusan kanan hospital yang tiada kontak secara terus dengan pesakit.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, ketua jabatan klinikal merupakan pakar perunding klinikal bidang masing-masing dan sememangnya terdedah kepada risiko Covid-19.

“Mereka juga kerap mempunyai kontak dengan pesakit mahupun waris semasa menjalankan tugasan,” katanya.

Noor Hisham menasihatkan pihak media supaya berhati-hati ketika membuat laporan dan hanya melaporkan perkara yang disahkan benar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI