fbpx

KPDNHEP bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fazly (tengah) menunjukkan rampasan minyak masak bersubsidi yang diproses untuk dijadikan minyak sembahyang dalam pemeriksaan sebuah rumah di Taman Emas semalam.

KULIM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membongkar kegiatan sebuah premis yang menyalahgunakan lesen runcit menjual minyak masak bersubsidi dengan memproses barang kawalan itu untuk dijadikan minyak sembahyang di Taman Emas di sini semalam.

Pemeriksaan ke atas premis tersebut dilakukan lima pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Kulim kira-kira pukul 10.30 pagi berdasarkan maklumat risikan yang dijalankan selama dua minggu.

Ketua Cawangan KPDNHEP Kulim, Mohd. Fazly Edros memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati wujud aktiviti membungkus semula minyak masak bersubsidi untuk dijadikan minyak sembahyang.

“Minyak masak itu dibotolkan dengan kapasiti 750 mililiter (ml) dan dijual semula dengan harga RM3 sebotol,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 63 tahun yang mengaku sebagai pemilik perniagaan itu untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan keterangan lelaki terbabit, aktiviti pemprosesan minyak masak untuk sembahyang dijalankan di kediaman sendiri sejak tahun 2019 menggunakan minyak masak industri.

“Namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia hanya mampu membeli minyak peket sekilogram dan diproses menjadi minyak sembahyang untuk dijual kepada peniaga sekitar Kulim,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI