fbpx

113 individu, pemilik premis gagal patuh SOP dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS Daerah Timur Laut mengeluarkan sebanyak 113 kompaun atas pelbagai kesalahan dalam Op Mega Pematuhan SOP di Pusat bandar George Town di sini selama dua hari berakhir semalam.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

cGEORGE TOWN – Sebanyak113 kompaun dikeluarkan kepada individu termasuk pelanggan dan pemilik premis di sekitar bandar raya ini dalam Op Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi selama dua hari yang berakhir semalam itu membabitkan 377 jumlah pemeriksaan di lebih 20 lokasi tumpuan orang awam dan pelancong.

“Mengikut jumlah pecahan, sebanyak 73 kompaun telah dikeluarkan pada hari pertama kelmarin manakala 40 kompaun lagi pada semalam.

“Antara kesalahan yang dilakukan mereka adalah gagal mematuhi penjarakan sosial, tiada alat pengesan suhu badan serta catit butiran pengunjung,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang itu perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh 14 hari untuk mengelakkan daripada tindakan seterusnya diambil.

Operasi tersebut turut mendapat kerjasama daripada anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI